Kita selalu teruja
Bila kita dipuja
Hingga terlupa kita diduga
Seteguh mana iman kita
Kita mudah rasa tertekan
Selalu ikut bisikan syaitan
Hingga lupa untuk ingatkan
Kerja perlu ikhlas kerana Tuhan
Kita selalu perasan bagus
Hingga suka merengus
Silap orang nampak bergugus
Wajarkah hanya kita yang bagus
Itu bukan salah sesiapa
Semuanya silap kita
Kita bukan sesiapa
Kan kita ini hanyalah hambaNya
Kita sama-sama baiki diri
Tingkatkan potensi dan imej diri
Jangan lupa jaga kredibiliti
Ingat selalu kita bukan sendiri
Allah selalu ada bersama
Itu dah cukup buat kita
Apa dicari pangkat dan nama
Semua hanya dunia fana
(Safinatunnajah Ahmadi, 2016)
From Amsterdam with Love
💞 💞
Tiada ulasan:
Catat Ulasan