Rabu, 16 Mac 2016

PhD # 2 : Dia Supervisorku


Semasa pengajian PhD kita memang memerlukan Supervisor. Ada orang mempunyai seorang supervisor, ada yang mempunyai 2 atau 3. Malah ada yang mempunyai sehingga 5 supervisor.
.
.
Bila sebut tentang Supervisor , riak wajah kita berubah seketika. Kerana, masing-masing mempunyai cerita mereka dengan supervisor. Ada banyak tips yang ditulis tentang bagaimana untuk mengurus Supervisor.
.
.
Tak kurang juga yang meluahkan masalah mereka berdepan dengan supervisor yang banyak karenahnya. Supervisor juga kan manusia. Tentulah tidak sempurna. Ada masa OK. Ada masanya kurang OK. Dek kerana banyak tuntutan kerja ataupun komitmen, manusia mudah merasa stress dan tertekan.
.
.
Saya mempunyai dua orang supervisor. Seorang bernama Dr. Tim Short, pensyarah kanan, Center for Engineering Sustainability, di School of Engineering. 




Dr. Tim Short

Manakala, seorang lagi supervisor saya bernama Prof Jon Cole, seorang Professor, Tactical Desicion Making Research Group di Department of Psychological Sciences.




Prof Jon Cole

Secara peribadi, saya selalu ingatkan diri bahawa bukan Dr. Tim Short dan Prof Jon Cole supervisor sebenar saya.
.
.
ALLAH....Dialah Supervisorku.

Hanya dia yang benar-benar membimbing saya dalam perjalanan PhD ini.
.
.
Hanya Allah yang mampu memberikan saya motivasi dan inspirasi dalam melayari bahtera PhD ini.
Sudah tentu..hanya dia yang memegang kunci gedung ilmu yang lebih luas dari 7 lautan ini.
Dalam kita mengurus perjalanan PhD masing-masing, marilah kita jaga dan urus hubungan kita dengan Allah. Hanya dia yang menentukan kita berjaya atau tidak. Bukan sekadar berjaya menggengam ijazah PhD, tetapi kejayaan sebenar adalah kita meraih syurga yang kekal abadi.

Wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)