Jumaat, 30 September 2011

ROKOK vs HAJI










Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar...



p/s: Orang-orang yang merokok dah mendaftar HAJI blom??? lama gak nak queue tunggu giliran... Syukur la Mr. RH tak merokok....boleh simpan duit pergi haji ye sayang.....  













Khamis, 29 September 2011

Spontaneous Thursday # 4 : AHMAD





p/s: marilah kita sama-sama menjaga solat kita.. solat itu tiang agama...











Spontaneous Thursday #3 : BOSS




"Our Real BOSS is ALLAH "





Selasa, 27 September 2011

Monolog # 10 : Istimewa






Seorang wanita adalah pelengkap 
dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
tetapi ingatlah wahai lelaki
kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah
maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin
maka dengan keistimewaan itu
JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya
supaya kelak masing2
lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah 
dalam keadaan istimewa disisiNYA...


Insyallah! (^_^)


p/s : Mr. RH...sayang memang terlalu ISTIMEWA :)





Isnin, 26 September 2011

Kritik Blog Aliff Ismail??



Saya duk tunggu doodle special dari Aliff Ismail. Hari tu saya ada join segmen dia...Saya Nak Dodol Aliff Ismail (AI). Tunggu duk tunggu...tak kunjung tiba pun...sedih... saya tengok dia bwt doodle tuk kawan2 blogger lain sangat2 comel ..cantik & hensem2 tau. Saya sangat2 jealous tau Aliff. Bila la agaknya En. Aliff sudi la kiranya menunaikan permintaan saya yer??? Hadiahkan la saya sempena birthday saya... boleh??? Cheh..bajet ayat manis...Aliff akan tergoda dan cair dengan pujukan ku ini...

Kali ini Aliff Ismail buat segmen lagi...Segmen Kritik & Pandangan..Sesiapa yang nak join boleh la klik yer...

 

Ok...Best jugak jadi pengkritik ni. Ala2 juri Akademi Fantasia ker?? Saya takde la nak komen sangat pun. Bagi saya blog AI ni dah ok. Ramai je follower dia... sebab AI baik hati.. buatkan doodle mata besar yang comel & kiut. Tapi kan...AI....bila nak buat tuk saya. Saya duk tunggu tau..sampai saya pasrah & buat doodle sendiri..tapi x comel macam awak punya la...

Pada saya, AI ni sangat kreatif & inovatif. So, kan bagus kalu appearnce blog ni lebih ceria sedikit.. takde la nak suruh AI buat style ala2 girlist ke apa... kasi ceria sket la..guna warna yg menarik..bleh pakai hitam...tapi combine dengan warna biru ke..merah ke..kuning ker...janji nampak cerita. Bukan apa..memang hitam itu menawan..tapi kalau combune ngn kelabu tahi anjing..aduhai...suram jer rasanya....sorry ye..komen macam ni pulak.

Tatasusunan & design kat blog AI ini pada saya kemas...memang sangat kemas la..berbanding blog saya ni. saya ni nama jer tahu guna perisian grafik..tapi malas nk goek2...konon busy la..so saya pakai template yang ada jer...tapi memang nak sangat tukar cat & esign 'rumah' saya...raya pun nak abis..tapi rumah buruk jer....

Kalu boleh AI banyakkan la ikon2 grafik. Since AI ni  pun sangat kreatif kan...sebab...grafik lebih senang 'ditangkap' oleh mata berbanding tulisan. Lebih menarik kalu AI gunakan doodles je bila berceritera dalam blog AI ni. pasti menaraik & tertarik la semua orang...



Panjangnya kritikan saya..tapi bukan nak kondem AI tau...anggap lah ia kritikan membina untuk AI lebih maju dalam ARENA Blogging ni.. Caiyok!!!!!!!!!!


Apa macam?? ok tak komen saya??


p/s: Aliff Ismail..tolong la buat doodle tuk saya.......







BONUS...NAIK GAJI ???



Berita baik dijangka diumum PM dalam Bajet 2012



KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.


p/s: bestnya......kalau dapat BONUS...confirm la.........




Solusi : Panduan Hidup Bersyariat



Entry kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya bersama Majalah Solusi. Siapa antara rakan2 yang meminati majalah ini?? Dapat kumpul semua edisi tak?? Saya masih dalam proses mengumpul semua edisi majalah ini.Sekarang ini duk order dengan rakan sepejabat yang jadi ahli Storm Reader.

Saya mengenali majalah ini apabila sahabat saya Shadiya Abbas menghadiahkan majalah ini pada saya. Masa tu keluaran pertama. macam gambar di bawah :



Solusi : edisi 1



Saya sangat seronok. Yelah..dapat hadiah daripada sahabat..pulak tu hadiah tu memang sangat memberi makna. Saya baca semua artikel dalam majalah tersebut... puisi2 pun saya baca..iklan2 pun baca gak...setiap sudut dalam majalah ini memang tidak lepas daripada tatapan mata saya. Majalah sebagus ini harus dimiliki oleh semua mulimin dan muslimat. 

Sepertimana tagline nya "Panduan Hidup Bersyariat" , sememangnya majalah ini adalah panduan berguna untuk kita mendalami ilmu, iman & amal. Menjadi panduan kita melaksanakan syariat dan suruhannya dan meninggalkan larangannya. kita manusia biasa yang selalu lupa memang amat perlukan sumber2 seperti ini dalam mel;ayari kehidupan di alam yang fana ini.


Saya terus mengikuti perkembangan malajah ini dan tidak ketinggalan membelinya. tapi majalah ini ibarat 'pisang goreng panas'. selalu cepat habis. masa tu pasarannnya pun terhad. tapi kini tidak lagi,  pasarannya dah meluas dah. Senang nak cari. hehehe..


Baru-baru ini, rakan sepejabat saya Mohd Azrul Jaafar menghadiahkan saya malajah ini iaitu edisi 36. kata beliau belum ada dipasaran lagi. ye lah..pada masa itu, saya baru membeli edisi 35. Dalam minggu yang sama dpat pulak edisi 36. seronok sangat!!! kira ini hadiah sempena hari jadi saya hari tu la. Terima kasih Azrul. Saya amat menghargai pemberian awak. Moga Allah membalas segala kebaikan awak. Amin...




Solusi edisi 35


Solusi edisi 36 (TERKINI)



Kepada semua rakan2 blogger. Marilah kita tambahkan ilmu, iman dan amal kita. Majalah ini bagus tau!! Yelah daripada kita menghabiskan duit membeli majalah2 hiburan semata-mata.baik kita beli majalah yang menyumbangkan ilmu kepada kita. setidak-tidaknya ia boleh memberikan input positif kepada kita. Betul tak?? 

Selamat Membaca
&
Selamat Beramal





Ahad, 25 September 2011

Rumah Terbuka AidilFitri 2011


Alhamdulillah..pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1342H majlis Rumah Terbuka AidilFitri yang dirancangkan telah selesai dan berjalan lancar. Pada mulanya memang tak rancang pun nka buat open-house. tapi rindu kat kawan2. kalau buat openhouse senang derang nak datang & dapatlah berkumpul sama2.

Walaupun tarikh asal telah diubah beberapa kali kerana berlaku pertindihan dengan majls kawan2 yang lain..tapi memang x dapat nak dielakkan juga. Jadi saya mhon maaf kepada rakan2 yang telah menjemput saya hadir ke majlis mereka. Hajat dihati memang nak sangat datang. Tapi apakan daya...xpe la..next year insyallah.. memang kena pakat ramai2 dan bwt jadul yang betul2 la....

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Kehadiran kalian sangat bermakna. Moga ukhwah ini akan berkekalan hingga ke akhirnya...erm..malas nak nak story-mory... layan kenangan semasa majlis kat rumah saya ni..kalau nak tengok full-version..jenguk la FB saya ye :)



Menu : nasi impit, kuah kacang,-ayam, rendang daging, daging masak kicap, mee kari, lepat pulut-special, bubur kacang durian, puding jagung, tembikai, minuman-rozell special-home made


tetamu pertama saya Fizah 



sepupu saya Dewi Ilyanah


bersama sepupu sepapat




opis-mate saya Kak Gee






BFF saya : sayang kamu!!!





Opis-mate saya : Nadiah Ahmad & keluarga






sesi MERISIK..hahaha


BFF saya :)




p/s: mohon maats atas segala kekurangan sepanjang majlis tersebut

Rabu, 21 September 2011

Soalan Biasa Lelaki Tanya Perempuan dan Kenapa ??



Entry ini saya ambil dari SINI



Perhubungan antara lelaki dan perempuan sememangnya sesuatu yang agak kompleks untuk dikaji secara mendalam. Walaupun begitu kajian demi kajian telah dilakukan untuk membolehkan perempuan dan lelaki saling memahami. Walaupun tidak faham sepenuhnya, tetapi cukup sekadar untuk mengetahui bagaimana perlakuan 2 gender yang berlainan.

Untuk entri kali ini, juga berkaitan gender (yup kerana topic gender seronok untuk dibicarakan.:). entri kali ini merujuk kepada ayat biasa yang digunakan oleh lelaki apabila memulakan percakapan dengan perempuan apbila berhubungan melalui telefon. Aku bagi 2 contoh la yang biasa digunakan dan kenapa digunakan serta kenapa perempuan tidak perlu mempertikaikannya.


Kenapa aku kata perempuan tidak perlu pertikaikan apa yang kami, kaum lelaki ini tanya.? Kerana aku pernah juga baca entri/status suatu masa dahulu, yang maksud lebih kurang 'lelaki ini tak de soalan lain ke hendak tanya'. Aku sudah tidak ingat entri atau status FB mana, tapi dah lama aku baca, kemudian teringat. Sebab itulah aku buat entri ini.:). Kalau korang ada link yang berkaitan boleh la bagitahu, boleh aku link dengan entri ini.

1. Apa khabar, sihat tak?

Memang biasa dan begitu normal untuk menanyakan keadaan seseorang itu samada sihat atau tidak. Walaupun tiap-tiap hari anda bertanyakan kepadanya.


i) Semestinya untuk mengetahui samada orang yang ditanya itu sihat atau tidak.
Kenapa.? Jika jawapannya adalah sihat - soalan susulan dan tindakan adalah tidak sama jika jawapan yang diberi adalah tidak sihat.

ii) Bagi hint modal untuk bermanja.
- Contoh la jawapan perempuan bagi tidak sihat. Lelaki akan tanya balik. 'Ye ke, sakit apa'. Perempuan boleh jawab. 'Sakit rindu kat awak la'..bla bla bla.. Tengok kan sudah boleh jadi model untuk beranja-manja..ha³.

Jadi jika lelaki bertanya awak apa khabar?, sihat tak.?.Perempuan jangan la nak tanya pula kenapa kami orang lelaki tanya macam tu. Takkan kami hendak mula. "hi awak, eh tak mati lagi rupanya". Kan sadis sekali permulaan macam tu..ha².


2. Awak tengah buat apa tu?

Selepas soalan awak sihat tak.? soalan susulan yang biasa keluar adalah awak tengah buat apa tu.? Walaupun korang berdua baru sahaja berchatting atau berbalas komen di facebook, kemungkinan ada untuk soalan 'awak tengah buat apa tu?' juga ada. Kenapa ek.?


i) Memang hendak tahu buat apa kerana lelaki ada juga perasaan curious. Masa chatting/balas komen ta dengar apa. Masa bercakap di phone akan dengar bunyi. Lagi lelaki akan tanya jika ada bunyi-bunyi lain dibelakang. Contoh bunyi kuali ke, bunyi muzik ke. So memang lelaki hendak tahu perempuan sedang buat apa.

ii) Bagi hint model bermanja.
Contoh kalau jawapan biasa. Awak buat apa.? Jwpn: Tengah cakap dengan awak la.. Kan tak best jawapan macam ni. Cuba kalau ditanya awak buat apa. Jwpn: Entah saya tengah cakap² dengan benda petak ni tapi ada suara awak yang kuar. Best juga suara awak eh, macam artis indon".. Ha, kan lain sikit jawapan tu. Walaupun soalan biasa, awak tengah buat apa tu, tetapi jawapannya boleh dipelbagaikan.:)

Selain lelaki menggunakan ayat tanya awak sedang buat apa tu, kami juga suka meneka, ataupun buat-buat meneka.

Contoh, 'awak tengah baca buku ek. '
Kalau jawapan betul, boleh la berlagak sikit. 'Tengok, saya memang ada kuasa psikik'
Kalau jawapan salah, soalan susulan, 'Dah awak tengah buat apa tu' yang mana soalan ni merujuk kembali kepada point di atas.:)

iii) Tengah pikir point lain.
- 2 soalan ambil masa 2 minit. Eh, ingat kami lelaki ni tak kena pikir ke. Kami kena pikir soalan apa yang hendak tanya seterusnya.:). So kira 2 soalan bonus di atas macam nak curi masa sikit la untuk pikir soalan seterusnya. Susah juga jadi lelaki ni, kena selalu berpikir apabila berbual dengan perempuan.:)

So bagi aku pun, memang biasa untuk tanya 2 soalan ini apabila memulakan percakapan. (tapi sekarang macam dah kurang memulakan percakapan.ha³). Kan kalau guna soalan lain yang ganas terkejut pulak. Juga soalan² lain yang biasa seperti 'awak sudah makan ke', 'awak sudah mandi ke' , 'awak pergi mana tadi'..

Oleh itu, lelaki sudah menanyakan 2 soalan yang bagus untuk permulaan percakapan. terpulang kepada perempuan bagaimana untuk mencorakkan bagaimana perbualan ini seterusnya. Anda boleh menjadikannya seronok atau menjadikannya hambar.

Bukan kami lelaki tidak boleh tanya soalan lain, tetapi lelaki juga lebih suka untuk menunjukkan mereka mengambil berat.:) Dan juga jangan ditanya kepada lelaki yang telefon anda, "Awak tak de soalan lain ke".. Kan terus dia tak telefon nanti..ha³

Satu lagi pesanan kepada kaum perempuan , kalau hendak tahu susah senang, cuba korang start perbualan dan korang kuasai sepenuhnya. Korang suruh lelaki jawab je, korang tanya. Baru korang tahu susah senang hendak menjana pertanyaan untuk memastikan perbualan tu tak 'mati'..:)


pssstt: tengok kaum lelaki, aku backup lelaki baik punya..ha³..





p/s: Mr. RH pun suka tanya macam tu jugak...dah ada jawapannya dah...hehehe







My Dreams Come True ♥



Hari tu masa birthday saya  19 September 2011 , saya ada buat wish-list kan. 
Saya senaraikan 10 benda yang saya teringin sangat sempena hari jadi saya. 


Alhamdulillah..
kebanyakannya dah tercapai....
SERONOK sangat!!!


Antara yang hadiah saya dapat adalah :


Gucci Envy Me from Mr. RH

ring from Mr. RH



dinner with Mr. RH




Birthday celebration with my BFF : Hasfa dan Fadila




handbag : satu color putih...satu lagi jenis fabrik color brown....by myself




kasut: warna putih..by my myself


Best kan!!! 
kalau macam tu saya nak birthday hari2...
 Boleh??? hehehe

agak2 la kan..yang balance tu sape nak bagi yer???


Dear Mr. RH,

Sayang minta salah satu jer...
tapi awak dah bagi 3... 
so... memang saya sayang awak lebih la +++++
so....saya bagi 3 biji L♥VE

♥ ♥ ♥

...awak...
saya nak BUNGA
Saya suka rose tau!!

bajet Mr. RH akan tunaikan lah...
tapi....saya tahu awak akan tunaikan kan?? 


Terima kasih!!!
Saya betul2 terharu tau!

saya awak semua












Wordless Wednesday # 9 : Birthday 2011





p/s: Thanks to my BFF. Luv u









Selasa, 20 September 2011

Monolog # 7 : Terima Kasih ♥




Asam garam kehidupan, kita tak selalu dapat apa yang kita mahukan. apa yang kita miliki tak mungkin kekal abadi. begitu juga cinta... tak semua cinta bersatu... cinta yang telah bersatu pun boleh terlerai.. hakikatnya, tiada apa milik kita. semuanya milik Allah juga. Semua hanya pinjaman buat kita di dunia ini. 

saya pernah tulis entry tentang mengapa kita ditemukan dengan orang yang salah. Dulu saya selalu bertanya pada diri...

mengapa mesti saya kecewa??
mengapa mesti saya dicurangi??
mengapa mesti saya disakiti??



saya seoarang yang terlalu menjaga hati orang lain. Saya seorang yang kadang kala terlalu lurus dan tidak tahu bersangka tidak baik. Oleh kerana itu, saya mudah tertipu. saya mudah terpesona dengan kebaikan dan janji manis yang ditaburkan orang pada saya. saya mudah percaya. Saya mudah meletakkan harapan dan memasang impian pada sesuatu yang belum pasti.

Sebagai insan kerdil di muka bumi ini, saya pasrah akhirnya. Kerana saya tahu mengapa Allah menemukan kita dengan orang yang salah. Mengapa??

Beginilah jawapannya...

  • supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  • supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
  • supaya kita dapat kasih sayang terbaik khas untuk diri kita. .
  • supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
  • supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya
  • supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya
  • supaya kita lebih faham bahawa cinta terbaik hanya ada bersama Allah.  
  • orang yg salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.





Benar.. hikmahnya amat besar sekiranya kita mengambil setiap perkara negatif yang berlaku dalam hidup kita melalui perspektif yang lebih positif. Apabila kita dapat mencari kebaikan dalam keburukan. Apabila kita dapat melihat pelangi selepas hujan membasahi bumi. 

Benar.. setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. setiap keburukan akan dibalas dengan keburukan. Kitalah insan yang paling beruntung sekiranya kita dapat mencari sebutir permata yang terpendam dalam selut lumpur penuh noda. Kita insan yang bertuah apabila kita mampu bangkit kembali dari kegagalan masa lalu. Pastinya kita akan menjadi orang yang lebih berjaya di masa akan datang. 

Percayalah....Allah tidak penah menganiaya hambanya... Allah tidak pernah zalim pada kita. Allah Maha Pengasih...Allah Maha Penyayang...Dia tidak pernah melupakan kita. Sedangkan kita selalu alpa dan lupa serta ingkar dalam mentaati suruhannya.


benarlah kata pepatah... 

"Kadangkala seseorang harus membuatkan awak menangis
 supaya awak sedar bahawa awak layak 
mendapat seseorang yang membuatkan awak tersenyum" 
(Shafaza Zara, 2011)




Dan...Allah telah mendengar rintihan hati saya... dimana akhirnya dia memakbulkan doa saya. Terima Kasih Allah..terima kasih kerana mengizinkan dia hadir dalam hidup saya..merawat segala kelukaan dan kedukaan...diganti dengan kebahagian yang tidak berbelah bagi....


Buat insan tersayang....



Terima kasih  Sayang kerana hadir dalam hidup saya. Awak memberikan SINAR baru dalam hidup saya. Saya amat bersyukur pada Allah kerana akhirnya dia menemukan saya dengan orang yang TEPAT. Setelah berbagai liku dan ranjau kehidupan yang pernah kita lalui dulu, kini kita sama-sama sedar bahawa pengalaman lalu mengajar kita tentang kehidupan. Menjadikan kita insan yang lebih MATANG untuk menempuhi cabaran dan melayari bahtera kehidupan. Semoga awak adalah JODOH terbaik pilihanNya buat saya.

Terima kasih sayang..... I ♥ U Sayang......






p/s:
cerita cinta kami boleh dinovelkan tau...hehehehe










Monolog # 6 : MURAH Hati




Ini pesanan saya khas buat kawan-kawan perempuan yang dikasihi. Sekiranya anda belum berjodoh, banyaklah berdoa, jaga penampilan diri terutama maruah. Jangan 'murah hati'. Biar sombong kepada dosa jangan pemurah kepada bala dan BALAK. Kepada yang sudah menjadi tunangan orang dan isteri, jangan mudah 'jatuh hati' kepada orang lain. Pegang perasaan anda dengan tawakal dan TAQWA. Kalau kita mudah2 berkongsi rasa dgn lelaki lain, maknanya murahnya kita sebenarnya.

 (Shadiya Abbas, 2011)


p/s:
nak bercinta boleh..tapi kenalah pandai menjaga adab & tatasusila sebagai seorang muslim. jangan tambah dosa yang ada. (beringat!!)









Isnin, 19 September 2011

Monolog # 5: Yakinlah Sayang...





YAKINLAH SAYANG


mataku memang tak bisa 
melihat dirimu dalam kegelapan
tapi hatiku merasakan kehadiranmu disisiku
mencintai dirimu
mencintai jiwamu
takkan ada cinta lain yang singgah di hatiku
harusnya aku berfikir
demi sejuta kata sayang
yang akan kuucapkan kepadamu
tulus dari hatiku yang paling dalam

yakinlah sayang

jangan pernah berpaling dariku
aku tak ingin kau tinggalkanku
aku berjanji.akan berbagi cintaku dengan dirimu
aku ingin semua kisah kisah yang terindah ini
hanya untukmu seorang

yakinlah sayang







Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu

Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku





KE : Kulit lelakiku yang haram.





Entry ini diambil dari blog Kamal Effendi (KE)


Bangun sahaja dari tidur, kukira hati terus tedetik. Mampukah aku jadi Muslim yang baik hari ini? Berada dalam kelompok manusia yang berlainan jantina dalam kadar yang banyak merupakan satu cabaran yang hebat. Lebih lebih lagi, sejumlah besar rakan satu cohort (batch) ku 80% wanita. Belum lagi termasuk pembaca pembaca blog yang kukira juga banyak gadis gadis yang meninggalkan komen dan jejak. Jarang sekali menerima email dari lelaki. Aku sangat sedar akan hakikat dugaan ini.

Dunia maya itu cerita lain. Kali ini kita bercerita mengenai liku dalam pergaulan seharian. Kerap kali malu bila tergelak ketawa melebih, menerima tepukan secara tak sengaja dari wanita walau berlapik. Ini situasi yang cukup 'awkward' dan sangat tidak selesa bagi diriku kini. Kadang kadang rasa seperti tidak mahu keluar bilik, bersosial, terutama bila benda begini berulang. Susah bila ada perempuan dalam satu situasi.

Kalau dulu, senang rasa selesa, tapi kini, hati mesti bergetar kencang bila dirasakan hanya aku seorang dikelilingi oleh kaum hawa dalam suatu situasi. Batasan pergaulan dirasakan adalah satu isu yang sangat rumit. Ada yang kata begini, ada yang kata begitu. Ini cabaran yang berat. Kadang kadang kita faham akan batasan tapi tidak pula orang yang bergaul dengan kita. Aku cuba berkias, melahirkan mimik muka yang tidak senang tapi gerangan yang bernama wanita masih tidak faham.

Awak, sentuh saya haram. Awak bukan muhrim saya. Walau sedikit pun terkena kulitnya. Lepas disentuh yang susahnya saya tertanya tanya apa yang saya perlu buat? Serius saya rasa bersalah, sangat. Kalau disentuh babi dan anjing boleh lagi disamak. Tapi kalau sentuh awak? Bertambahlah titik hitam di hati saya. Jadi, baik saya sentuh babi. Ironi bukan? Babi, anjing kalut dipersoalkan keharamannya. Sesama kita? Kita butakan mata, seolah tiada rasa berdosa. 'Alah tak pe lah sikit je pun'. Sikit, banyak, dosa juga.



Courtesy of Google Images


Berlapik bila tertepuk. Tapi.. aku masih rasa tak selesa sebab? Itu aku kira sudah bibit bibit yang akan menerbitkan rasa normal bila disentuh. Harus sedar syaitan itu licik. Mula mula berlapik, lepas tu bertepuk bagai tiada dosa. Syaitan memang bijak. Nauzubillah. Kulit ini hak milik Allah, satu. Dua, kehormatan kulitku untuk bakal isteriku. Ketiga, aku muak dengan dosa begini mengotorkan hatiku sedang aku bersusah payah untuk bermujahadah dengan perjuangan yang jauh lebih signifikan dari isu pergaulan. Isu disentuh oleh yang bukan muhrim perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. 

Aku juga silap, diakui. Aku takut menyuarakan hak diriku. Hak untuk tidak mahu disentuh dengan murah. Ini berkenaan dengan harga diri aku juga. Mungkin aku patut memberanikan diri. Please, stay two hundred meters away from me. I wish. Pakai glove la pergi mana mana. Ini juga mungkin cabaran, dugaan, yang susah. Susah itu sebabnya nilai syurga yang tinggi. Haruslah aku bertahan. Iye post ini untuk wanita wanita yang bukan muhrim yang semenjak aku baligh yang aku tersentuh kulitnya. Maaf maaf maaf. Aseef. Tak semestinya muka normal ketika tersentuh itu aku menerima dengan terbuka, dalam hati, Allah sahaja yang tahu bergelora dan sangat kecewa bila aku gagal menjaga hak kulitku sekali gus, memusnahkan batasan benteng pergaulan. Gagallah aku menjadi Muslim yang baik bila tersentuh dengan wanita yang bukan muhrim dalam hari itu.




p/s: Beruntungnya wanita yang mendapat lelaki seperti Kamal Effendi. Ya Allah..ampunilah segala keterlanjuranku dulu. Aku hambamu yang sering lalai dan lupa :'(





My Birthday Wish List


Happy birthday to me....

Sempena hari jadi saya hari ini, saya nak share la sket wish-list sempena birthday saya ni. Moga-moga dapat la salah satu daripada wish-list tu kan. tak banyak pun... 10 jer......


bunga




coklat


teddy bear



hand bag



    perfume


    candle light dinner

couple rings

kad ucapan




kasut



suprise party



Tapi kan sebenarnya tanda ingatan dan ucapan serta doa dari kalian semua adalah hadiah terbaik untuk saya. Macam ucapan2 ni....


ucapan dari BF...tq Nina


ni ucapan dari x-student saya...bahasa Jepun la plak


ni pun student saya....asyik2 orang wish pasal jodoh....


ucapan dari Mr. RH... tq :)


ucapan dari member x-unit ni memang tak boleh tahan la.......ok....nnt saya ubah status tu balik eh....




Sebenarnya banyak lagi ucapan yang saya terima. tapi kalau masukkan semua kt sini alamat panjang berjela la entry ni nanti. hehehehe...




Okey....
Saya kongsikan sket artikel yang lebih ilmiah di sini ye....

Hadiah merupakan pelembut bagi hati. Hadiah juga merupakan tanda kesediaan seseorang itu berkasih dengan seseorang yang lain. Apabila seseorang itu memberikan sesuatu hadiah, orang yang menerimanya akan rasa dihargai. Jika penerima itu sedang sedih atau marah, biasanya perasaan sedih dan marah itu akan semakin kurang atau terus hilang.

Baginda Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menunjukkan teladan hebat sebagai seorang suami yang gemar memberikan hadiah buat isteri-isterinya. Bahkan baginda mengaitkan secara jelas, ikatan antara hadiah dan kasih sayang. Sabda Nabi SAW:

تهادوا تحابوا

Maksudnya;
”Berilah hadiah sesama kamu, pasti kamu akan berkasih sayang” (Al-Mukjam Al-Awsat : 7448.)


Kemurahan hati Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;

لَمَّا تَزَوَّجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّ سَلَمَةَ قَالَ لَهَا إِنِّي قَدْ أَهْدَيْتُ إِلَى النَّجَاشِيِّ حُلَّةً وَأَوَاقِيَّ مِنْ مِسْكٍ وَلَا أَرَى النَّجَاشِيَّ إِلَّا قَدْ مَاتَ وَلَا أَرَى إِلَّا هَدِيَّتِي مَرْدُودَةً عَلَيَّ فَإِنْ رُدَّتْ عَلَيَّ فَهِيَ لَكِ قَالَ وَكَانَ كَمَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرُدَّتْ عَلَيْهِ هَدِيَّتُهُ فَأَعْطَى كُلَّ امْرَأَةٍ مِنْ نِسَائِهِ أُوقِيَّةَ مِسْكٍ وَأَعْطَى أُمَّ سَلَمَةَ بَقِيَّةَ الْمِسْكِ وَالْحُلَّةَ

Maksudnya;
“Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, “sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu”. Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; “jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu” (Musnad Ahmad : 26016)

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
p/s: 
Sayang....saya nak salah satu daripada wish-list tu boleh?? tapi kan...kalau awak nak bagi lebih...lagi saya SUKA!!!! Bertambah2 saya sayang awak!!! 


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥










LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)