Isnin, 26 September 2011

Solusi : Panduan Hidup Bersyariat



Entry kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya bersama Majalah Solusi. Siapa antara rakan2 yang meminati majalah ini?? Dapat kumpul semua edisi tak?? Saya masih dalam proses mengumpul semua edisi majalah ini.Sekarang ini duk order dengan rakan sepejabat yang jadi ahli Storm Reader.

Saya mengenali majalah ini apabila sahabat saya Shadiya Abbas menghadiahkan majalah ini pada saya. Masa tu keluaran pertama. macam gambar di bawah :



Solusi : edisi 1



Saya sangat seronok. Yelah..dapat hadiah daripada sahabat..pulak tu hadiah tu memang sangat memberi makna. Saya baca semua artikel dalam majalah tersebut... puisi2 pun saya baca..iklan2 pun baca gak...setiap sudut dalam majalah ini memang tidak lepas daripada tatapan mata saya. Majalah sebagus ini harus dimiliki oleh semua mulimin dan muslimat. 

Sepertimana tagline nya "Panduan Hidup Bersyariat" , sememangnya majalah ini adalah panduan berguna untuk kita mendalami ilmu, iman & amal. Menjadi panduan kita melaksanakan syariat dan suruhannya dan meninggalkan larangannya. kita manusia biasa yang selalu lupa memang amat perlukan sumber2 seperti ini dalam mel;ayari kehidupan di alam yang fana ini.


Saya terus mengikuti perkembangan malajah ini dan tidak ketinggalan membelinya. tapi majalah ini ibarat 'pisang goreng panas'. selalu cepat habis. masa tu pasarannnya pun terhad. tapi kini tidak lagi,  pasarannya dah meluas dah. Senang nak cari. hehehe..


Baru-baru ini, rakan sepejabat saya Mohd Azrul Jaafar menghadiahkan saya malajah ini iaitu edisi 36. kata beliau belum ada dipasaran lagi. ye lah..pada masa itu, saya baru membeli edisi 35. Dalam minggu yang sama dpat pulak edisi 36. seronok sangat!!! kira ini hadiah sempena hari jadi saya hari tu la. Terima kasih Azrul. Saya amat menghargai pemberian awak. Moga Allah membalas segala kebaikan awak. Amin...




Solusi edisi 35


Solusi edisi 36 (TERKINI)



Kepada semua rakan2 blogger. Marilah kita tambahkan ilmu, iman dan amal kita. Majalah ini bagus tau!! Yelah daripada kita menghabiskan duit membeli majalah2 hiburan semata-mata.baik kita beli majalah yang menyumbangkan ilmu kepada kita. setidak-tidaknya ia boleh memberikan input positif kepada kita. Betul tak?? 

Selamat Membaca
&
Selamat Beramal





2 ulasan:

  1. Solusi majalah yang bukan sekadar membawa pembaca kepada ilmu, bahkan membawa jiwanya kembali menjadi hamba Allah sebenar, insyaallah...

    BalasPadam

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)