Jumaat, 31 Disember 2010

CINTA seperti di dalam Al-Qur'an



Allah dicinta dan Dia mencintai. Cinta-Nya akan menyebabkan kesalahan-kesalahan orang-orang yang mencintai-Nya diampuni. Dia dicinta dengan mengikuti wahyu yang diwahyukan melalui Nabi-Nya. Firman Allah,


"Katakanlah, 'Jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, dan Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu; Allah Pengampun, Pengasih.'" (3:31)
Cinta pada-Nya mengatasi segala cinta lain, termasuk cinta pada manusia yang dijadikan rakan-rakan bagi Allah, atau pemberi petunjuk, seperti Nabi, Rasul, Imam, Tok Guru, dan sebagainya. Menyamakan cinta pada Allah dengan mereka selain daripada-Nya adalah suatu kezaliman. Firman Tuhan,
"Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab." (2:165)
 
Kerana mencintai-Nya amalan-amalan kebajikan seperti memberi makan kepada orang-orang miskin, anak yatim dan tawanan perang dilakukan. Firman Tuhan:
"Mereka memberi makan, kerana mencintai-Nya, kepada orang miskin, dan anak yatim, dan tawanan," (76:8)
Mereka yang berbuat demikian berkata, 
“Kami memberi makan kepada kamu hanya kerana mengharapkan Wajah Allah; kami tidak menghendaki balasan daripada kamu, dan tidak juga terima kasih," (76:9).
Kaum yang Dia mencintai adalah yang mencintai-Nya, rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang tidak percaya, berjuang di jalan Allah dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela. Maksud firman Allah:
"maka Allah akan mendatangkan satu kaum yang Dia mencintai, dan mereka mencintai-Nya; rendah diri terhadap orang-orang mukmin, keras terhadap orang-orang yang tidak percaya; mereka berjuang di jalan Allah, dan tidak takut akan celaan mana-mana pencela." (5:54)

Cinta manusia tidak terhad pada Tuhan sahaja. Dia selanjutnya mewujudkan cinta dan pengasihan terhadap teman-teman hidup manusia supaya mereka dapat berehat pada mereka. Ayat yang menentukannya berbunyi,
"Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan." (30:21)
Perasaan cinta yang diwujudkan Allah berterusan hingga hari akhirat. Ayat berkenaan berbunyi:
"Dan Kami membuatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar, Penuh cinta, sebaya," (56:36-37)
 
Cinta di sana mungkin berlainan sedikit kerana tanpa sebarang kesedihan. Di dunia, terdapat cinta yang membawa kesusahan. Al-Qur'an memberi contoh sebuah cinta tidak dibalas, iaitu cinta isteri gabenor pada Nabi Yusuf. Ayat yang mengisahkannya berbunyi,
"Wanita-wanita tertentu di kota berkata, 'Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda diri pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami melihat dia dalam kesesatan yang nyata.'" (12:30)
Akibat cinta tersebut Nabi Yusuf dipenjara, bertahun-tahun lama.

 bersambung.....




 Rujukan: Kalimat Cinta/Sayang di dalam al-Qur'an.




My Story : Azam Baru 2011


Azam tahun 2011

Apa azam tahun 2011 anda semua?? Mesti panjang senarainya kan?? Untuk saya sndiri..memang ada banyak target dan gol saya untuk 2011. Tapi saya pecahkan ikut kategori la; kategori kerjaya,  kategori personal dan  kategori keluarga. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan adalah kategori kerjaya. Antaranya adalah seperti berkut:
  1. Bangunkan Mobile Application School of Life (jangkaan siap Feb 2011)
  2. Pembentangan kertas teknikal NCET di JMTI (April 2011)
  3. Terbitkan buku mengenai Pengurusan Projek ICT ( jangkaan siap Mac 2011)
  4. Sambung pengajian ke peringkat PhD (mulai Julai 2011)


Setakat ni baru 4 projek besar untuk kerjaya saya. Masih banyak yang berlegar-legar di fikiran ini. Tetapi kalau perancangannya terlalu banyak dan tidak teratur, pelaksanaan projek-projek ini akan jadi kelam-kabut juga kan. Tak mengapa la. FOKUS dulu yang ini. Kira ini target suku tahun 2011 la ye.

Moga-moga Allah mempermudahkan semua urusan saya dan rakan kongsi saya kelak. Biarlah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. AMIN.
Erm..bagaimana dengan kalian semua?? Kongsi-kongsikan lah…boleh??


xoxo
Safinatunnajah Ahmadi
31 Disember 2010


Rabu, 29 Disember 2010

My Diary : KIAN....


Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang

Pada zahirnya
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak dimata

Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak didada

Ke manakah..nak dibawa

Resah kian melanda

Di manakah

Hendak ku khabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa

Rasa ingin dimanja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu

Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal

Disana
Biarlah..kita bersama

Usahlah

Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada

Kasih belum terhakis
Sebenarnya..sudah lama
Ku sungguh berkecil hati


Selasa, 28 Disember 2010

My Diary : Give Thanks To Allah

My Diary : Allah KNOWs...




Allah knows...

When you feel all alone in this world
And there’s nobody to count your tears
Just remember no matter where you are
Allah knows, Allah knows.

When you’re carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road you take
Allah knows, Allah knows.

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon shout it to everyone
Allah knows, Allah knows.

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows, Allah knows.



Isnin, 27 Disember 2010

My Story : Putus CINTA??

CINTA vs AIRMATA

Cinta dan air mata..memang tak dapat nak dipisahkan. Kalau jatuhnya airmata sebab gembira tidak mengapa. Tapi selalunya kita menangis kerana cinta sebab TERLUKA dan KECEWA. Erm.. baru2 ni jumpa kawan lama masa belajar kat UPM dulu. Mini reunion la katakan.. Seronok sangat jumpa mereka. Tapi dalam masa yang sama ramai berkongsi cerita yang mereka kecewa & putus cinta. HUH!!




Putus cinta memang la sesuatu yang membuatkan sesiapa pun sedih..terluka..kecewa..frust dan semua yang sewaktu dengannya. Saya sendiri pun pernah DERITA sebab putus cinta. Apatah lagi hubungan tu sudah terjalin sangat lama.. dekat 8 tahun ... dengan restu kedua orang tua kedua belah pihak.. Saya fikir hubungan kami pasti berkekalan sampai ke AKHIRnya..


Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Dia boleh membolak-balikkan hati manusia. Insan yang dulu mengatakan dia AMAT mencintai saya.. berjanji akan SETIA hingga ke hujung nyawa (kononnya...) dan pelbagai janji MANIS & SUMPAH palsu diberikan pada saya. Sebagai wanita biasa yang pada masa itu belum mempunyai APA-APA.. masih comot.. tak pandai BERGAYA. mungkin masih kurang CANTIK dimatanya.. sayaTEWAS di tangan wanita lain yang lebih CANTIK dan BERGAYA.




Segala pengorbanan selama 8 tahun ditepis begitu sahaja kerana dia memburu CINTA yang BARU yang lebih menyeronokkan baginya. Walaupun pada masa yg itu pinangan telah diterima..itu semua tak meninggalkan kesan kepadanya...semua tangisan & pujuk rayu tidak memberi apa-apa makna. Lemahnya seorang wanita di mata lelaki pada saat itu.


PASRAH...




Akhirnya saya pasrah. Mungkin Allah telah memakbulkan semua doa saya agar DIA tunjukkan pada saya jalan yang BENAR dan semua KEBENARANnya. Walaupun PAHIT terpaksa saya telan juga. Bukan mudah untuk saya melupakan semua itu dan berdepan dengan situasi paling SUKAR dalam hidup saya. Tapi saya sangat bersyukur kerana Allah SAYANG saya melebihi cinta2 manusia yang lain. Dia sentiasa pelihara saya. Dia beri hidayah.. Dia beri pertolongan dan kekuatan yang Maha HEBAT. 


Walaupun pada mulanya saya tidak YAKIN yang saya mampu menempuhinya. Tapi kini ALHAMDULILLAH.. Saya dapat melihat dan merasai semua hikmah & hikmat disebalik semua yang  telah saya alami. Saya mampu BANGKIT dari KEGAGALAN. Kini saya jadi wanita yang lebih KUAT.


SAHABAT...


Kepada sahabat2 yang sentiasa menyokong saya di kala susah & senang.. TERIMA KASIH. Saya sangat SAYANG pada kalian semua. Tanpa kalian..saya tak mampu hadapi semua itu. Kini..masa kalian pulak yang tiba. Kita semua tak mahu ianya terjadi.


Tapi apakan DAYA.. Allah Maha Mengetahui SEGALANYA.. Percaya lah pada segala KETENTUANNYA. Dia merancang sesuatu yang LEBIH BAIK untuk kita. Saya telah mengalaminya. PERCAYA & YAKIN pada diri. Allah tak menjadikan sesuatu itu SIA-SIA. Besar Hikmah disebaliknya. 


Moga kalian semua TABAH & SABAR. Doa ku sentiasa mengiringi perjalanan hidup mu SAHABAT. Kita semua sama..hanya INSAN yang LEMAH...




Ya Allah...Ampunilah segala dosa-dosaku. Jadikanlah aku HAMBAmu yang sentiasa mengingatimu di dalam apa juga keadaan dan situasi..SUSAH & SENANG.. Ku tahu CINTAmu adalah cinta yang paling AGUNG!!!



...AMIN..





500 Blogs!

Agak-agak sempat tak masuk dalam top 500 ni. Tadi tengok list dah 410.. sempat lagi kot!!

Nak join klik sini yek ....



Segmen Ben Ashaari kali ini adalah untuk mencari 500 blog.

Siapa saya??

Seorang pegawai latihan vokasional @ PLV di ADTEC Shah Alam. Erm..familiar ke jawatan ni?? Mesti ramai yang tak tahu apa kerja PLV ni kan?? Tugas saya mengajar pelajar2 kemahiran, berbeza dengan aliran akademik. 
Hobi saya banyak!! semua benda adalah hobi saya kalau saya suka..
 memasak..menjahit..membaca..berblog...animasi..games..mewarna..melukis..bercerita..
erm..semua benda la saya suka!!! hehehe..

Kenapa saya berBLOG??

Saya suka berblog kerana saya suka bercerita...tapi saya tak pandai sangat menulis. jadi blog adalah platform yang baik untuk melatih ilmu penulisan kita. kemudian kita boleh bertukar2 cerita dengan blogger lain.. saya suka follow dan saya suka kalau blogger lain follow saya. selain dapat tambah ramai kenalan baru, kat blog juga kita boleh berbisnes!!! Blog ni 1000 in 1 la... nak buat apa pon boleh. Yang penting ia membawa kebaikan untuk semua.. jangan salah gunakan pulak!!

Erm..Saya ada 4 Blog..huh..banyak gak rupanya..(baru sedar.. :))
Setiap blog ada fungsi tersendiri. 

My Story~My Diary saya gunakan sebagai platform saya bercerita dan berkongsi cerita saya dengan kawan2 tentang apa saja yang saya suka dan saya fikir menarik. Kiranya macam Diary la..dulu tulis diary kt buku..sekarang kan di zaman serba moden ni...kita gunakan la kemudahan ICT.. Saya memang obses sket dengan teknologi..
nama pun Engineer...(konon la..)
hehehe...

Q-Dimensy pula saya gunakan sebagai platform untuk saya berkongsi ilmu mengenai Sains Meta-fizik, Astronomi, Astrology dan apa2 yg sewaktu dengannya bersama rakan2 lain. Kalau ada yang nakkan temujanji atau consultancy..boleh la utarakan ye..

Eh!Cupcakes..blog ni diwujudkan kerana minat saya bersama adik2 yg suka buat cupcakes..cakes dan yang saya paling suka ialah menghias kek..tapi dah lama dah tak update blog ni...huhuhu..dah lama jugak tak buat kek!!! asyik tengok kek orang lain jer..

kenapa la saya ni banyak sangat hobi?? pelik.. tapi saya ni memang orang yg mudah jemu buat sesuatu benda yg sama jer.. so saya memang suka mencuba sesuatu yg baru. walaupun sukar..tp saya sangat sukakan cabaran.. baru la meriah hidup kita ni kan.. penuh warna warni.. betul tak??

lastly

Moncheeque adalah blog terbaru saya. Saya sangat meminati animasi dan bercadang menubuhkan syarikat animasi sendiri suatu hari nanti. Di blog ini lah semuanya bermula. tapi blog ni masih BABY lagi..hehehe..blom banyak info yang saya masukkan...tapi next year operasi BESAR2an akan dilakukan..tunggu.....


ok!! itu saja ye En. Ben. Hopefully sempat la saya tersenarai dalam 500 log tu ye!
Million Thanks... xoxo



Sabtu, 25 Disember 2010

My Notes : An Opportunity To Meet Prime Minister






Assalamualaikum YAB Dato' Seri

Saya telah menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications bersama Saudara Yusof Zaky Omar, pengasas SCHOOL OF LIFE™ dan telah melaksanakan demonstrasi prototaip SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer di YTL Communication pada 21 Disember 2010 yang lalu. Sebagai peneraju pembangunan projek tersebut, saya melihat bahawa negara kita mempunyai banyak potensi untuk mengetengahkan idea dan hasil innovasi kepada seluruh masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan mampu bersaing di peringkat global.

Sebagai seorang Pegawai Latihan Vokasional yang berkhidmat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia, saya telah terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran dan latihan kemahiran / vokasional. Saya berbangga kerana dapat melatih anak bangsa Malaysia menjadi tenaga mahir yang berketrampilan kepada negara. JTM telah menyedia dan menjalankan program latihan kemahiran pra-perkerjaan untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian di Malaysia melalui program Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan secara sepenuh masa. Selain itu, kami juga terlibat secara langsung dalam melatih pekerja kurang mahir, separa-mahir dan mahir bagi meningkatkan taraf kemahiran pekerja untuk sektor perindustrian melalui pelbagai kursus separuh masa.

Melalui pengamatan saya, pelajar-pelajar latihan kemahiran / vokasional masih dianggap sebagai pelajar Kelas Kedua di mata masyarakat. Latihan kemahiran juga masih kurang mendapat perhatian dan bukan merupakan pilihan UTAMA untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM. Adalah kurang bijak sekiranya masyarakat kita mengganggap latihan kemahiran negara tidak berkualiti ataupun "2nd Class" kerana modal insan yang dilahirkan sebenarnya telah menerajui kemajuan sektor perindustrian di Malaysia kini.

Bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, saya berpendapat bahawa seharusnya latihan kemahiran dan vokasional ini perlu diberi perhatian yang serius setanding dengan aliran akademik seperti IPTA/IPTS yang lain. Latihan kemahiran perlu dijenamakan semula (rebranding) agar masyarakat kita sedar bahawa kemahiran dan kepandaian (IQ) haruslah seiring dan perlu dititikberatkan. Insan yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan moral serta berkemahiran tinggi merupakan ASET UTAMA negara yang tidak akan pupus bahkan akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa seterusnya mampu menjana perkembangan sektor perindustrian negara mahupun dunia kelak.

Saya percaya sekiranya masyarakat mula sedar dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap latihan kemahiran dan vokasional, negara kita pasti dapat melahirkan lebih ramai modal insan yang berkemahiran tinggi yang mampu menerajui sektor perindustrian dan menjana perkembangan ekonomi negara kelak. Seterusnya, hasrat dan impian menjadi negara maju menjelang 2020 bukanlah impian semata-mata tetapi satu REALITI.

Malaysia Boleh.

Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Safinatunnajah Ahmadi
Pegawai Latihan Vokasional
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah Alam.
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.




P/S: kawan-kawan blogger, LIKE please!!!


link : http://www.1malaysia.com.my/blog/an-opportunity-to-meet/

Jumaat, 24 Disember 2010

SCHOOL OF LIFE™ :An Opportunity to Meet Prime Minister


While on sick leave, I had some time to reflect on the growing number of my online friends, particularly on Facebook, and the interactions I’ve had with all of you. I have met hundreds of you who had travelled from all over the country to meet with me at the 1Malaysia Tea event last March. Hundreds more had intended to travel to Putrajaya for the postponed dinner.
However, this number remains a fraction of the 500,000 or so Malaysians scattered across the country who have connected with me online. While the tea and dinner events allow me to connect with some of you directly, I appreciate that travelling to Putrajaya can be challenging due to various considerations. Still, I would like to ensure that everyone has an opportunity to meet with me. After some thought, here is how I plan to reconcile this issue.
As my work takes me around the country, I would like to connect with as many of you near where you live. If you would like to meet with me during my travels to your area, submit your details in the form here. Beginning next year, when I am confirmed to visit your state or district, my office will contact you with more information on our exclusive meet up.
I look forward to many more meaningful interactions with all of you, whether online or in person.

Prime Minister of Malaysia





 Our Comment :

Salam YAB Dato' Seri,

Saya adalah tetamu Dato' Seri yang terpilih pada Jamuan 1Malaysia iaitu perjumpaan pertama dengan rakan internet Dato' Seri.

Pengalaman hebat itu tak akan dapat saya lupa dan merasa kagum dengan pendekatan ini yang menunjukkkan YAB amat menghargai pandangan setiap rakyat Malaysia.

Justeru, sebagai sokongan padu terhadap 1Malaysia, saya telah mencipta sebuah media baru SCHOOL OF LIFE™ yang santai dan menghiburkan dalam bentuk aplikasi komputer dan manual seakan-akan 'brain teaser' like SUDOKU yang akan mendidik rakyat Malaysia peri penting 8 nilai aspirasi pada kehidupan dan kewangan.

Saya bercadang mempersembahkan inovasi ini pada YAB Dato' Seri apabila berpeluang sebagai sumbangan kecil yang mungkin akan memberi kesan besar pada nilai tambah khususnya para pelajar IPTA, eksekutif muda dan usahawan.

Saya juga ada menyertai 'Global Developer Challenge' anjuran YTL Communications dan SCHOOL OF LIFE™ telah disenaraipendek dan jika berjaya dalam pertandingan bertaraf dunia ini maka telefon menerusi aplikasi SCHOOL OF LIFE™ akan menjadi sebuah medium pendidikan yang dapat disalurkan pelbagai subjek, modul, ilmu dan maklumat menerusi kaedah simulasi yang santai dan menghiburkan.

Terbaru, sebuah syarikat penyedia latihan terkemuka INMIND yang membawa modul Bina Insan suatu ketika dulu telah menjemput saya mengendalikan pembinaan modul Bina 1Malaysia dan saya laporan yang saya terima dari adaptasi modul tersebut kepada beberapa buah sekolah, persatuan belia dan komuniti amat bagus dan setiap selesai program latihan ini, peserta dapat menyebut 8 nilai aspirasi 1Malaysia dan yakin bahawa jika setiap individu memiliki 8 nilai ini maka kejayaan adalah pasti menjadi miliknya. Kejayaan tersebut membuatkan INMIND yakin dan menjempit saya untuk mengendalikan pembinaan satu lagi modul Bina 1Malaysia khusus untuk penjawat awam, pemimpin masyarakat dan bakal pemimpin dari IPTA.

Saya mengambil prinsip Edgar Dale 1969 yang mengatakan kaedah simulasi dapat memberi kesan 90% kepada ingatan dan ketiadaan alat simulasi di pasaran sebagai dorongan untuk mencipta SCHOOL OF LIFE™ dengan membuat satu sasaran dalam perjalanan simulasi kehidupan ini yang menuntut keseimbangan antara Wang dan Nilai untuk kejayaan.

Saya menulis di sini kerana yakin bahawa pentadbiran Dato' Seri amat memberi perhatian kepada komunikasi melalui internet kerana saya menerima maklumat ini secara terus dalam perjumpaan rakan internet tempohari.

Saya juga ada menulis untuk mempersembahkan inovasi ini pada beberapa jabatan dan institusi tetapi pada hakikatnya, ramai yang tidak dapat menerima inovasi yang dihasilkan di Malaysia oleh rakyat Malaysia lalu saya langsung tidak berpeluang walaupun untuk membuat demo atau persembahan.


Terima Kasih dan Salam 1Malaysia.

Yusoff Zaky Omar
Pengarah, The Finishing Academy of  Malaysia Sdn Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Minda Kebangsaan. 


P/S : Dear blogger please support us by clicking LIKE button as : LIKE


Million Thanks..

xoxo

Safinatunnajah Ahmadi
Project Developer
SCHOOL OF LIFE™ : 4G Mind Developer
Global Developer Challenge 2010
YES-YTL  Communication










Rabu, 15 Disember 2010

BILL GATES: What Makes for a Good Bridge Partner?


Bill learned to play bridge from his parents, but it became one of his favorite pastimes after he began playing with Warren Buffett. Before heading off to join Warren at the 2010 Nebraska Regional Bridge Tournament in Council Bluffs, Iowa, Bill answered questions about his love for the game.

Conversation

A question from a student in the U.S.

You play bridge, which is a competitive game but also a partnership game. What elements do you look for in a good bridge partner?

Bill

Well, I'm very lucky that I get to play with bridge players who are dramatically better than I am, and who are nice enough that they will understand my game and appreciate why maybe I led the wrong thing or didn't shift to the right suit or evaluated the hand just slightly wrong. They’ll make comments that add to my knowledge, increasing the chance I might do it right next time. And that's a lot of fun.

You know, some of these bridge players remember all the hands. You play 50 or 60 hands in a day, and you go to dinner that night, and they know every single one. Bob Hamman is kind of the ultimate of that. If I misplayed some hand three years ago, he can still tell you the spot cards that were in there. Bob himself has misplayed very few hands when I’ve played with him, but I do make sure to remember those so that I have my modest defense ready.

A question from a student in the U.S.

Do you prefer to play match point events, Swiss or knockout team matches?

Bill

The classic form of the game is the team format where you have four people and you're playing for the normal game-type scores. Warren Buffett much prefers that, because it's just the traditional form of the game, and it doesn't make such a big deal of the small differences of a no-trump contract versus a suit contract.

I like both team and match point. I like match points because there are just two of you playing, so there are slightly fewer variables. You usually get hand records afterwards, and a lot of tables play the same hand, and so you can look at all those different scores and see what happened. And because it's so excruciatingly important to take every trick you can, match point highlights any sloppiness in defensive or declarative play. So it forces you to think, okay, I've got to learn about squeezes, I've got to keep track of the shape of the hands I don't know as the hand goes on, and take full advantage of that.

So, I really like the mix of the two. If you get the right team of four, that's a lot of fun because it's a social thing as well as kind of a mental challenge.
BILL GATES

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)