Isnin, 4 April 2016

Nota inspirasi #42: Kenangan Manis Berdarah



Waktu kami kecil, keluarga kami susah. Tapi kami masih dapat makan nasi. Walaupun hanya Berlauk garam dan kelapa parut.

Saya masih ingat lagi. Sekitar tahun 1986 kalau tak silap. Waktu itu saya berumur 6 tahun. Masa itu kami sangat susah. Ayah diberhentikan kerja. Mak saya ketika itu mengandungkan adik saya yang kelima.

Ayah berusaha kuat. Saya ingat lagi ketika pulang dari tadika, adik saya yang keempat dan ketiga bermain di semak belakang rumah kami. Mereka memang sangat rapat. Nama pun dekat-dekat. Yang ketiga bernama Mohd Muliadi Ahmadi. Yang keempat bernama Siti Muliyana Ahmadi

Pernah sekembalinya saya dari tadika, saya lihat adik saya si Ana berbalut kepalanya. Kata ayah, adik saya tu nakal sangat. Ayah sedang memotong besi untuk dijadikan dinding reban ayam. Entah macam mana, Ana boleh pulak tertusuk besi. Mungkin dia dan abangnya berkejar-kejaran di kawasan ayah memotong besi tersebut.

Bukan itu sahaja kisah mereka. Ada banyak lagi tau. Parut di badan adik saya Ana tanda keakraban dia dan abangnya. 
Itulah bukti kenangan 'manis' berdarah mereka.

Ada satu lagi cerita. Yang ini saya tidak ingat tahun bila. Tapi masih mereka kecil la. Belum bersekolah ketika itu rasanya. Mereka suka main di kebun, tepi parit, dalam parit dan sebagainya. 

Mereka berdua akan kemana sahaja berdua. Macam belangkas. Adik saya Ana memang lasak macam lelaki. Iyelah. Ikut abangnya ke sana sini. Satu hari mereka bermain dengan parang kepunyaan ayah. Habis pokok pisang yang ayam tanam ditebangnya.

Entah bagaimana, ketika hendak menebang pokok pisang tersebut parang yang sangat tajam itu mendarat di tangan adik saya Ana. Habislah jari jemari ditetak oleh abangnya. Kesian kan?

Mencurah-curah darah yang keluar. Tapi seingat saya, Ana tak menangis langsung. Tapi adik lelaki saya yang pucat lesi kerana takut dimarahi. Berkali-kali dia ceritakan bahawa dia tak sengaja.

Dia menyuruh Ana pegang pokok pisang itu. Sambil tangannya menghayun parang yang tajam. Silap sasaran kena pada tangan Ana.

Memang tragis.
Tapi itulah kenangan manis berdarah mereka ketika kecil. Masih banyak lagi yang belum saya ceritakan. Nanti bocor pula rahsia adik saya. Kang bakal suami tak jadi meminang. Hahahaha


Inilah Ana


p/s : Ana masih single available. :-)


.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LIKE eh:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Categories

cinta (62) agama (58) islam (27) friends (24) jodoh (18) idea (13) doodles (9) career (8) mood (7) follower (5)