Waktu kecil saya suka berlagak seperti cikgu. Di rumah memang tiada cikgu tuisyen macam anak-anak zaman sekarang. Nak masuk kelas tuisyen pun tak mampu. Iyelah. Kami kan anak orang susah. Miskin harta pula tu.
Di antara permainan ciptaan kami adik beradik sewaktu cuti persekolahan ialah main cikgu-cikgu. Selalunya sayalah yang jadi cikgu. Adik-adik saya jadi anak murid. Sebagai cikgu, saya mengajar dan memberi tugasan kepada anak-anak murid saya. Selepas tugasan tersebut dikumpulkan, maka saya akan semak dan beri markah.
Cikgu suka beri markah sempurna 100% |
🌟🌟🌟
.
Siapa dapat bintang paling banyak, maka dialah anak murid paling cemerlang. Buku sekolah yang tak habis digunakan yang jadi mangsa. Cikgu jadian suka tunjuk dan gunakan kuasa bintangnya. Adik-adik pun suka.
Tak perlu pun permainan yang mahal untuk buat kami gembira. Sekadar bermodalkan buku latihan yang tak habis digunakan bila telah tamat sesi persekolahan. Anak-anak zaman sekarang kalau tak diberikan permainan kesukaan mereka, dengan bermodalkan jeritan dan tangisan sudah cukup membuatkan ibu bapanya mengalah.
Cikgu sekolah jadian garang orangnya. Tak percaya? Tanyalah pada anak-anak muridnya. Memang susah dia nak 'beri muka'.
Cikgu ni garang kan? |
Satu hari, adik Safidatulnizah Ahmadi saya minta saya tunjukkan dia cara buat karangan. Ketika iti saya darjah 6. Adik saya yang kedua darjah 4. Saya tak ingat apa tajuk karangan tersebut. Tetapi, puas saya ajar adik saya. Sampai penat pun dia tak reti lagi nak tulis karangan itu.
.
Akhirnya saya tulis karangan itu di kertas lain dan saya menyuruh adik saya salin sahaja di buku latihan dia. Selesai.
.
Adik saya nak masuk sekolah semula :-) |
Pulang dari sekolah adik saya bercerita pada saya. Dia kena panggil dengan cikgu kelasnya. Cikgunya bagi amaran supaya buat kerja sekolah sendiri. Kantoi. Cikgu tahu saya tolong adik saya siapkan kerja sekolah dia.
Hish. Macam mana boleh kantoi. Bukan saya yang tulis dengan tangan saya. Adik saya tulis sendiri. Memang gaya tulisan kami berbeza. Jadi, saya fikir sudah cukup bijaklah kalau suruh adik saya yang tulis dengan tangan dia.
Tetapi saya lupa, cikgu lagi bijak. Cikgu serba tahu tentang anak muridnya. Agaknya cikgu pun hairan. Macam mana adik saya boleh buat karangan sempurna tanpa salah ejaan. Karangan budak darjah 6 dan 4 tentu berbeza.
Saya pun silap. Patut nya saya ajar adik saya sampai pandai. Tapi saya ini kurang sabar orangnya. Nak mudah sahaja. Kesian adik saya kena marah. Lebih malang lagi dia kena tulis karangan lain.
Saya akan buat kerja sekolah sendiri.
Saya akan buat kerja sekolah sendiri.
Saya akan buat kerja sekolah sendiri.
Saya akan buat kerja sekolah sendiri.
Saya akan buat kerja sekolah sendiri.
Saya akan buat kerja sekolah sendiri.
.
.
.
hingga 100 kali.
.
Sorry adik .
Tulus dari,
Kakak yang terlebih 'bijak' (kononnya)
Liverpool, United Kingdom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan